Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - 'Central Spine Road' Sedang Dalam Pembinaan


KUANTAN - Bagi memantapkan dan mengembangkan lagi sektor ekonomi Negeri, pihak Kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Pusat sedang giat menjalankan projek Lebuhraya Lingkaran Tengah atau Central Spine Road.

langkah tersebut merupakan salah satu daripada unsur-unsur ‘enablers’ (pemudah-cara) yang boleh menyumbang ke arah memajukan lagi keseluruhan ekonomi negeri seperti keperluan prasarana asas jalan yang baik, turut diberikan keutamaan.

Sebab itulah, projek Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Kampung Relong di Lipis, melalui bandar Raub seterusnya ke Simpang Pelangai di Bentong, sedang dalam rangka pembinaan.

Begitulah juga dengan usaha membina jalan menghubungkan Sungai Lembing di Kuantan, ke bandar Jerantut di sebelah timurnya, yang dipercayai boleh meningkatkan lagi kemudahsampaian lalu memajukan lagi kawasan-kawasan berkenaan.

Dengan segala usaha ini maka tidak hairanlah, pada tahun lepas sahaja, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini mencapai 4.9 peratus atau dalam nilai kira-kira 26,000 juta, berbanding tahun sebelumnya (2010) cuma 4.5 peratus atau kira-kira RM24,800 juta.

Jangkaannya pada tahun ini pula – apatah lagi dengan kesan positif yang diharap dapat diperolehi daripada penganjuran Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang ini, ialah pertumbuhan yang meningkat kepada kira-kira 5.2 peratus.

“Saya agak, kita boleh capai pertumbuhan ini. Menerusi transformasi yang diharap dapat berlaku selepas melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan pada konvensyen ini; Pahang boleh melakukannya, Insya-Allah,”kata seorang pegawai tertinggi Kerajaan Negeri. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...