KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang tidak mahu ketinggalan dalam bidang Bio ICT demi mencapai matlamat Negeri Maju menjelang tahun 2020.
Maka atas dasar itu, pihak kerajaan Negeri telah menganjurkan seminar Bio ICT Pahang 2012 pada 1 hingga 4 Mac yang lalu.
Seminar ini telah menarik minat penyertaan seramai 800 orang dari seluruh Negara yang berlangsung di Sultan Haji Ahmad Shah Convention Centre Kuantan.
Selain dengan mengadakan kluster - kluster tertentu, seminar ini juga akan turut melibatkan agensi - agensi yang berkaitan dengan Bio ICT dengan memberikan ceramah berkaitan dengan bidang tersebut.
Pengerusi ICT dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohd Sharkar bin Shamsudin menjelaskan bahawa seminar ini mampu untuk menarik pelabur asing.
"Bidang Bio ICT ini akan turut memberikan pendedahan kepada rakyat tentang kepentingan pengunaan media baru serta menarik minat pelabur asing ke Negeri Pahang," jelas beliau dalam ucapan aluan sempena pelancaran seminar tersebut.
Selain dari sesi ceramah, program ini juga turut mengadakan pameran dari pengusaha - pengusaha Bio ICT Negeri Pahang yang diadakan di East Coast Mall.
Program selama 3 hari ini telah mendapat sokongan daripada pihak ECER, SKMM, PIKOM, UMP, PKNP dan lain - lain agensi yang berkaitan.
YB Dato' haji Mohd Sharkar juga turut menyatakan program ini bakal melahirkan modal insan dalam bidang ICT yang bakal memajukan Negeri dimasa akan datang.