Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - UTAMA - Pembangkang Masih Pecayakan Mahkamah



KOMENTAR - Sejak akhir - akhir ini wujud satu gerakan yang jelas mempertikaikan sistem kehakiman dan mahkamah negara dikalangan Pakatan Pembangkang.


Gerakan itu bertujuan bagi menuntut keadilan. Namun, persoalannya, keadilan yag dituntut oleh mereka adalah untuk siapa?


Adakah keadilan itu dituntut untuk rakyat atau hanya sekadar khusus buat Anwar Ibrahim sahaja? Adakah sistem kehakiman negara ini hanya bertindak tidak adil kepada beliau seorang?


Persoalan yang lebih utama, kenapa isu berkaitan dengan sistem kehakiman ini baru sahaja dibangkitkan oleh pihak Pakatan Pembangkang?


Kenapa ianya tidak dijadikan persoalan sejak dari dahulu lagi sewaktu Anwar masih menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu?


Malah, selepas dipecat daripada jawatan tersebut, isu keadilan ini seolah - olah baru timbul. Beliau juga turut menamakan gerakan pada ketika itu sebagai KeAdilan.


Kemudian ianya ditukarkan kepada Parti Keadilan Rakyat. Adakah benar mereka memperjuangkan keadilan bagi pihak rakyat secara keseluruhannya?


Persoalan itu masih tidak dapat dijawab atau dijelaskan oleh mana - mana pihak dari kalangan Pakatan Pembangkang sejak dari dahulu sehingga muktahir ini.


Lebih melucukan, walaupun mereka mengatakan sistem kehakiman negara ini tidak adil, tetapi mmasih ramai dikalangan mereka sendiri yang mempercayainya.


Jika tidak, kenapa beria - ia benar mereka menghasut peneroka - peneroka untuk mengambil tindakan dan menyaman Felda? 


Dan bertambah menghairankan, kenapa diantara pemimpin mereka boleh menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah kerana menyebelahi mereka.


Jelas, isu yang cuba digerakkan oleh Anwar Ibrahim ini hanya untuk kepentingan diri beliau sahaja. Bukan untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


Maka, adalah wajar bagi rakyat untuk tidak menyertai dan menolak gerakan ini kerana ianya sudah nyata tidak masuk akal dan sarat dengan sifat berkepentingan diri sendiri semata - mata.


Ps: Komentar ini ditulis bagi membuka minda rakyat tentang gerakan yang sedang hangat diperkatakan pada hari ini.


Ianya bukan pandangan atau pendirian pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri secara langsung atau tidak langsung.
Tags: UTAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...