Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - Rondaan Unit Trafik Akan Dipertingkatkan


KUANTAN - Semua pegawai dan anggota polis dari pelbagai jabatan dan cawangan di negeri ini akan turut serta dalam Op Selamat 5/2014 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebagai pendekatan baharu dalam menangani jenayah dan mengawal lalu lintas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata selain itu 16 pegawai dan 267 anggota trafik di seluruh negeri akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran aliran trafik sekali gus mencegah kemalangan maut.

"Antara kesalahan yang sering dilakukan pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan serta melanggar lampu isyarat.

"Untuk tujuan itu, rondaan unit trafik di sepanjang lebuh raya, jalan negeri dan jalan persekutuan akan dipertingkat," katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Op Selamat 5/2014 yang bermula hari ini hingga 4 Ogos sempena Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...