Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - SASET Beri Peluang Rakyat Cintai Alam Sekitar


JERANTUT - Yayasan Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) menyasarkan seramai 50,000 sukarelawan yang mencintai alam sekitar dapat didaftarkan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muadzam Shah Sultan Ahmad Shah berkata sasaran itu dijangka dapat dicapai menerusi pelancaran program sukarelawan 'Saset One Youth bersama 1 Malaysia For Youth (iM4U).

"Program ini secara tidak langsung dapat mendidik belia termasuk pelajar sekolah mengenai kecintaan terhadap alam sekitar serta kesan pencemaran alam sekitar kepada kehidupan sejagat.

"Saset telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara iM4U untuk bekerjasama dengan lebih erat dalam mengerakkan sukarelawan yang lebih menjurus kepada permuliharaan alam sekitar, penghijauan bumi dan khidmat sosial," katanya majlis berbuka puasa bersama rakyat daerah Jerantut di Masjid Tengku Ahmad Shah di sini, semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...