Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Sukan Dan Hiburan - Tok Gajah Rangkul Juara Piala FA


KUALA LUMPUR - Pahang hari ini telah muncul juara Piala FA selepas menundukkan Felda United 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Tok Gajah bangkit daripada ketinggalan selepas ledak gol pada minit ke-80 menerusi Faizol Hussain bagi menyamakan kedudukan.

Dickson Nwakaeme kemudiannya memberikan pasukan Tok Gajah jaringan kemenangan selepas menerima hantaran dari Zeshan Rahman pada minit ke 88.

Felda United sebelum itu telah mengejutkan juara Piala Malaysia itu dengan gol pembukaan pada minit ke-23 menerusi Edward Wilson.

Sebagai rekod, kali terakhir pasukan Pahang merangkul juara Piala FA adalah pada tahun 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...