Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Sukan Dan Hiburan - FINAL PIALA FA: Medan Perang Taktikal


FINAL Piala FA Edisi ke-25 di Stadium Shah Alam malam ini menemukan jagoan Liga Super, Pahang pasukan pilihan menentang kelab penuh  kejutan Liga Premier, Felda United pertama kali di pentas akhir.

Ikuti analisis kami pada kedua-dua pasukan ini dalam misi melakar sejarah.

MISI BERBEZA, MATLAMAT SAMA

Juara Piala Malaysia 2013, Pahang kali pertama menjulang piala berkenaan pada 2006 selepas menewaskan Perlis 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sepenuh masa perlawanan pastinya turun dengan keazaman tinggi menjulang trofi kedua kempen Liga Malaysia (Liga M) 2013 selepas mendakap trofi Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) semasa menewaskan Lions XII, 1-0 hasil jaringan Matias Conti minit ke-57.

Sementara Felda United musim ini dibarisi hampir 99 peratus muka baharu mengharungi saingan Liga Premier adalah pasukan kelab ketiga mara ke final selepas Sime Darby dan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan kejutan selepas menyingkirkan penyandang juara Kelantan, menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas kedudukan terikat 3-3.

PERTAHANAN 

Pelaburan Tok Gajah terhadap tenaga import, Damion Steward dan Zesh Rahman mengemudi benteng pertahanan ternyata berbaloi serta serasi
dengan pemain tempatan berpengalaman seperti Jalaludin Jaafar apabila bahagian itu terbukti ampuh sepanjang saingan Liga M.

Felda United pula pastinya bergantung harap kepada pengalaman benteng terakhir mereka, Farizal Harun untuk sekali lagi mempamerkan aksi terbaik ketika menentang Kelantan pada separuh akhir kedua.

Pada masa sama jentera berpengalaman lain seperti Adib Aizudin dan Nasriq Baharom serta kekukuhan benteng Yaroslav Krushenitskiy ditagih sekali lagi penyokong tegar Felda United memperkemaskan bahagian pertahanan.

TENGAH 

Bahagian tengah kedua-dua pasukan seimbang, namun begitu skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan ini mempunyai sedikit kelebihan berikutan
gandingan mantap Azamuddin Akil, R Gopinathan, Azidan Sarudin dan Hafiz Kamal.

Jentera tengah skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim pula akan meletakan sekali lagi harapan kepada ‘Jeneral Felda United’, Shukor Adan yang lasak untuk memimpin serta mengerakan jentera tengah The Fighters pada masa sama dibantu Shahrulnizam Mustafa dan peledak licik, Zah Rahan Krangar diposisi sama.

SERANGAN 

Tok Gajah juga mempunyai kelebihan pada bahagian ini kerana Zainal Abidin mempunyai pilihan boleh menurunkan Dickson Nwakaeme atau Conti serentak atau berganding dengan Fauzi Rozlan dalam usaha merobek gawang Felda United.

Percaturan taktikal Irfan seandainya diterjemahkan dengan sempurna peledak Indra Putra Mahyuddin dan Edward Wilson Junior seperti dalam aksi sebelum ini akan menjadi kunci kejayaan kepada Fighters meranapkan impian Tok Gajah membawa pulang trofi kedua musim ini ke Darul Makmur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...