Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Kerajaan Negeri Komited Tunaikan Janji Kepada Belia


KUANTAN - Dalam ucapan sempena Malam Anugerah Belia Peringkat Negeri Pahang 2014, YAB Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob turut mengulangi enam (6) perkara mengenai belia, yang termaktub dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei tahun lepas.

Keenam-enamnya ialah untuk menyalurkan bantuan pengurusan kepada semua persatuan belia di peringkat akar umbi sebanyak rm 3,000 setahun; untuk menambahbaik dan melengkapkan semua gelanggang futsal dengan pencahayaan, pagar dan kemudahan tandas;

Bagi menyediakan premis perniagaan khusus untuk membangunkan usahawan belia di kawasan berdaya maju di semua daerah; ke arah memperkasakan capaian ekonomi di kalangan graduan anak pahang termasuklah dari timur tengah dengan melahirkan sekurang-kurangnya 100 usahawan dalam tempoh lima (5) tahun.

Demi mewujudkan tabung amanah usahawan muda bernilai RM5 juta; dan, untuk menggalakkan program sukarelawan bagi meningkatkan penglibatan belia di dalam masyarakat.

“Janji enam (6) perkara ini, memang sedang dalam usaha pelaksanaan. Kebanyakan daripadanya telahpun ada cuma perlu dipertingkatkan sahaja lagi.

“Misalnya, daripada segi bantuan pengurusan untuk persatuan-persatuan belia, sebelum ini, Kerajaan Negeri salurkan ialah RM2,000 setahun kepada 16 persatuan yang di bawah Majlis Belia Negeri.

“Yang perlu dilaksanakan demi menetapi janji, ialah meningkatkan nilainya kepada RM3,000 setahun dan pula meliputi semua persatuan belia termasuk di peringkat akar-umbi,” katanya.

“Saya berharap, tuan-tuan dan puan-puan golongan belia sekelian, dapat bersabarlah. Saya pernah sebutkan sebelum ini, Kerajaan Negeri hanya berjanji atas perkara-perkara yang berupaya dilaksanakannya.

“Ia tidak sekali-kali menjanjikan ‘bulan dan bintang’ yang tentu tidak dapat tercapai,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...