Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Belia Bakal Peneraju Negara


KUANTAN - Takrifan kepada ‘belia’ sepertimana diistilahkan oleh Dasar Pembangunan Belia Negara, iaitu yang berumur antara 15 dan 40 tahun.

Bagi YAB Menteri Besar Pahang, golongan belia inilah yang bakal menerajui kepimpinan Negara dimasa akan datang dan perlu dipupuk semangat kepimpinannya dari sekarang.

Tambah beliau, di negara ini, terdapat 13.676 juta orang belia, yang membentuk kira-kira 49 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara yang kini mencecah kira-kira 28 juta orang.

Daripada 13.676 juta orang ini, belia lelaki ialah kira-kira 7.112 juta manakala belia perempuan ialah kira-kira 6.564 juta orang.

Di Pahang pula, jumlah belia ialah seramai 703,400 orang atau kira-kira 47 peratus daripada jumlah penduduk negeri yang seramai kira-kira 1.5 juta orang, yang daripadanya, belia lelaki ialah kira-kira 384,600 orang manakala belia perempuan ialah kira-kira 318,800 orang.

“Ini sahaja menjadikan golongan belia sebagai kumpulan umur terbesar di negara dan negeri ini, maka sewajarnya diberikan perhatian khusus terhadapnya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...