Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - Dua Penyokong Ditahan


Kuantan - Polis menahan dua orang penyokong di perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini sebaik tamat perlawanan antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) malam tadi.

Mereka ditahan apabila melempar bom petrol atau molotov coktail ke arah bas yang membawa penyokong Johor Darul Takzim (JDT). 

Perbuatan berkenaan dilakukan dilakukan ketika bas yang membawa penyokong JDT bergerak pulang. 

Namun tiada kecederaan dilaporkan dan polis bertindak cepat dengan menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu turut mencetuskan kekecohan namun tindakan pantas polis berjaya mengawal keadaan.

Mereka yang berusia lingkungan 30-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan.

Ketua Polis Daerah, Asistan Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut. - Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...