Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Program Aktiviti - Wacana Pemikiran Islam, Perubahan & Cabaran Pelajar Islam


KUANTAN - Satu program ilmiah yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Negeri akan diadakan pada 3 April (Khamis) nanti.

Program Wacana Pemikiran Islam ini diadakan di Dewan Utama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan bertajuk "Perubahan Dan Cabaran Pelajar - Pelajar Melayu".

Program tersebut dijangka akan bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari ini terbuka kepada semua anak - anak muda bagi memupuk generasi yang lebih cemerlang dimasa akan datang.

Wacana tersebut akan dipenuhi dengan pengisian yang akan disampaikan oleh tokoh - tokoh jemputan seperti Profesor Hamzaid dan jugak Datuk Ahmad Faiz.

Ianya turut dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Majlis penutup bagi program tersebut akan disempurnakan oleh YB Dato' Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Tugas - Tugas Khas Negeri Pahang.

Para hadirin dijemput hadir beramai - ramai ke majlis ilmu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...