Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - Kereta Kabel Bukit Fraser, Kerajaan Kaji Sebelum Laksana


RAUB - Kerajaan negeri akan melakukan kajian secara terperinci sebelum melaksanakan projek perkhidmatan kereta kabel menghubungkan bandar ini dengan pusat peranginan, Bukit Fraser.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, sebuah syarikat tempatan telahpun dilantik untuk menjalankan kajian supaya projek itu dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan alam sekitar mahupun penduduk.

"Kajian itu bukan setakat menilai kos projek, malah ia membabitkan kajian terhadap kesan alam sekitar, manfaat kepada pembangunan ekonomi kawasan serta faedah kepada penduduk itu sendiri.

Kerajaan tidak akan sesuka hati membina sesuatu projek kerana ia melibatkan kos yang tinggi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Raub berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang di kawasan itu bahawa projek perkhidmatan kereta kabel itu hanya akan memusnahkan alam sekitar.

Shahiruddin berkata, apabila dilaksanakan kelak, projek itu dilihat bakal memacu ekonomi setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan selain membuka ruang perniagaan hasil kehadiran pelancong bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara.

Katanya sejak akhir-akhir ini Bukit Fraser semakin menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara berikutan pelbagai kemudahan infrasktur seperti penginapan dan landskap telah dibaikpulih dan ditingkatkan dengan melibatkan kos yang mencecah jutaan ringgit.

Bukit Fraser dilaporkan menerima kunjungan lebih 15,000 pelancong setiap bulan dan jumlahnya dijangka meningkat sebaik projek itu siap nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...