![]() |
Sebahagian dari peserta lelaki Seminar Keusahawanan Islam 2014 anjuran Pelajar - Pelajar Malaysia di Mesir |
KAHERAH - Satu
program Seminar Asas Keusahawanan Muda Islam 2014 telah dianjurkan oleh Kedutaan
Besar Malaysia Kaherah yang telah berlangsung pada 15 Mac 2014 di Hotel Ramses
Hilton, Kaherah.
Program
tersebut telah disertai oleh seramai 120 orang pelajar jurusan Pengajian Islam
dari Universiti Al-Azhar.
Seminar
yang bertemakan “Generasi Muda Pemangkin Ekonomi Ummah” itu adalah bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada bakal graduan Pengajian Islam betapa terdapat peluang
dalam bidang keusahawanan yang boleh diterokai setelah menamatkan pegajian di
Mesir.
![]() |
Peserta Seminar Keusahawanan Islam dikalangan wanita memberi tumpuan sewaktu sesi dijalankan |
Antara
pengisian program tersebut ialah ceramah asas keusahawanan oleh Pegawai
dari MATRADE, halal dan haram dalam perniagaan dari pihak JAKIM, Peluang Perniagaan
Bidang Pertanian oleh MPOB dan juga Peluang Dalam Bidang Kewangan Islam oleh Jabatan
Pengajian Malaysia, Universiti Kaherah.
Duta
Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari telah memberikan
ucaptama yang bertajuk‘ Merubah Minda Melayu Dalam Bidang Perniagaan ’ dan seterusnya
merasmikan program tersebut .
Program
yang julung-julung kalinya diadakan ini juga telah mendapat kerjasama dari Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).Tn. Hj. Zamri Zakaria, Pengarah Kanan Komunikasi Korporat YaPEIM dalam
slot pembentangannya telah memberikan pengenalan kepada peserta berkenaan peranan
YaPEIM dalam pembangunan ekonomi orang Islam khususnya di Malaysia.
Program
ini juga melibat sekumpulan pelajar dari kelab UMNO Damanhur dan sebagainya
bekerjasama bersama-sama kedutaan untuk menjayakan program ini.
Program
tersebut telah berjaya memberikan input-input dalam bidang keusahawanan kepada pelajar-pelajar
Pengajian Islam di Mesir.