Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - Penguatkuasa Belum Perlu Senjata Api


KUANTAN - Kerajaan Pahang tidak bercadang membekalkan senjata api kepada pegawai penguat kuasa agensinya atau menempatkan mereka di kawasan perumahan khusus bagi melindungi mereka daripada ancaman keselamatan.
    
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kedua-dua langkah itu sukar dilaksana selain kurang praktikal.
    
Untuk kendalikan senjata api mereka perlu menjalani latihan secukupnya selain sukar untuk bekalkan kesemua mereka dengan senjata api, manakala untuk tempatkan kesemua mereka di satu kawasan kediaman khusus pula tidak praktikal, katanya menjawab soalan Mohamed Ariffin Ismail (BN-Chenor) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
    
Mohamed Arifin ingin tahu langkah kerajaan negeri bagi melindungi pegawai penguat kuasa agensi kerajaan daripada ancaman keselamatan semasa dan selepas mereka menjalankan tugas.
    
November lepas, Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik maut selepas ditembak oleh seorang daripada tiga individu yang datang ke rumahnya.
    
Siasatan polis mengaitkan kes itu dengan ajaran sesat 'Ajaran Harun' dan enam individu termasuk ketua ajaran sesat berkenaan dihadapkan ke mahkamah berhubung kes tersebut. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...