Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - galeri , Program Aktiviti - (GAMBAR) Puluhan Ribu Hadir ke Majlis Malam Cinta Rasul


KUANTAN - Bertempat di Padang MPK 1, berhadapan dengan Masjid Negeri Pahang telah diadakan satu acara majlis memperingati Rasulullah S.A.W. yang dinamakan sebagai Malam Cinta Rasul.


Program anjuran Kerajaan Negeri Pahang itu diadakan bagi tujuan memperingatkan umat Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan berselawat, berqasidah dan tusiyah.


Selain itu, majlis tersebut juga diselitkan dengan sesi ceramah yang berkisar tentang sifat serta perjuangan Rasulullah S.A.W bersama sahabat sewaktu mengembangkan syiar Islam.


Kehadiran penduduk sekitar kawasan Kuantan cukup memberansangkan dan dianggarkan melebihi jumlah 50 ribu orang turut serta dalam majlis tersebut yang disiarkan secara langsung melalui siaran TV Al-Hijrah 9.30 malam semalam.


Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Speaker Dewan Undangan Negeri, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ketua - Ketua Jabatan, Mufti Negeri serta dif - dif jemputan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...