Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - Aktiviti Luar Kelas Perlu Dikaji Semula


KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menyarankan Kementerian Pelajaran supaya menyemak kembali kandungan ko-kurikular di sekolah-sekolah bagi mengelakkan kejadian buruk ke atas para pelajar yang terlibat.

Beliau yang ditemui wartawan petang Ahad, 27 April di sini, selepas menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ammar Abdulloh, 17, – pelajar dan juga kadet polis yang meninggal dunia malam Rabu, 23 April lepas setelah pengsan semasa menjalani latihan di Kampung Pandan, dekat sini berkata;

Beliau ada membuat saranan yang sama kepada para pegawai kementerian berkenaan, semasa menyertai taklimat banjir berkaitan kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tahun lepas.

“Ini semua yang kita kena kaji baliklah. Lasak-lasaklah tapi sayapun tengok, para saintis yang mereka I-Pad, I-Phone sebagainya, (mereka) tidak lasak. Yang penting, mereka adalah orang bijak, kreatif dan iniovatif.

“Saya tak nampak yang latihan lasak ini boleh mendatangkan banyak faedahlah (terutamanya) apabila berlaku kematian sebagainya. Walaupun peratusannya kecil tapi ianya berlaku.

“(Hari) ini berlaku kepada keluarga orang lain. Kalau kena kepada keluarga kita? Na‘uzubuilahlah. Jadi ini semua kena kaji balik,” katanya selepas menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Ammar khususnya kedua-dua ibubapanya, Encik Abdulloh Salleh, 49, dan isteri, Sharifah Jamilah Syed Alwi, 43.

Sementelah diberitahu yang datuk dan nenek kepada Allahyarham Mohd Akmar, masih hidup dan tinggal bersebelahan rumah, Dato' Sri DiRaja Adnan dan isteri, turut menziarahi mereka. 
Menurutnya, dalam keadaan cuaca panas berterusan yang dialami daerah dan negeri ini ketika ini, menjadi sebab yang lebih kepada kepimpinan sekolah supaya mengurang atau meniadakan aktiviti luar bilik darjah supaya pelajar tidak terdedah dengan cuaca tersebut.

“Keadaan panas ini memang menjadi masalah kepada kita semua. Ini juga perlu diambil kira oleh pihak sekolah untuk mengurangkan, atau kalau boleh, tidak mengadakan aktiviti yang boleh mendedahkan para pelajar kepada keadaan yang sangat panas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kepimpinan sekolah sentiasa berusaha untuk mengimbangi dalam menjagai kepentingan tiga pihak iaitu kepentingan ibubapa, kepentingan pelajaran pelajar, dan juga kepentingan jabatan mereka.

“Tapi, apapun… kita (kepimpinan dan pengurusan sekolah) kena fikirkan yang terbaik untuk pelajar-pelajar,” tegasnya.

Mengenai ziarahannya ke rumah keluarga Allahyarham Mohd Ammar petang Ahad ini katanya, ia berasaskan kepada rasa simpatinya terhadap ibubapa dan keluarga yang kehilangan anak mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...