Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - Pahang Turut Kibarkan Bendera Separuh Tiang Tanda Penghormatan

KDYMM Tuanku Sultan Pahang ketika menziarahi Selamat Omar, bapa kepada salah seorang penumpang pesawat MH370
KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini menitahkan bendera Pahang dan Persekutuan dikibar separuh tiang di negeri itu bagi menghormati tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Pahang di Kuantan hari ini, pengibaran bendera separuh tiang itu berkuat kuasa serta-merta meliputi jabatan, agensi kerajaan serta pihak swasta selama tiga hari.

"Titah baginda itu adalah sebagai tanda dukacita dan simpati kepada semua mangsa serta waris mangsa pesawat MH370," kata kenyataan itu.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...