Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Fundamentalist Islam Bukan Pengganas


RAUB - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob menyarankan agar kita umat Islam, berusaha sedaya-mungkin bagi membetulkan persepsi negatif pihak Barat terhadap Islam, dengan pelabelan sebagai pengganas.   

“Yang sebenarnya, Islam tidak mengganas. Orang yang benar-benar menjadi ‘fundamentalist’ Islam, dia tidak mengganas. Orang yang memegang ajaran Islam sebenarnya dia tak ada sebab menjadi pengganas.

“Yang menjadi pengganas ialah ‘extremist’. Bila ‘extremist’, pelampau ini; bukan kata Islam sahaja – pelampau Hindu ke, pelampau Kristian ke, pelampau Amerika tak ada ugama ke, pelampau apa sahaja, pelampau komunispun; mereka juga akan jadi ‘terrorist’.

“Kita kena betulkan ini semua dan kita kena uar-uarkan, tunjukkan contoh. Saya selalu sebut bagaimana ugama Islam ini begitu cantik sekali. Dalam peperangan sebagai contoh, kita tidak boleh memotong bekalan air mengalir ke kubu musuh,” katanya.  


AMBIL KISAH, AMBIL BERATNYA MB KITA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mengusap ke pipi Encik Salehudin Abdul Rashid, 87, yang mengalami 'strok' lalu terlantar di baringan. 

Kedatangan Menteri Besar menziarahi, adalah atas sikap mengambil kisah, mengambil beratnya. Ini pula, bukannya dalam tempoh menghadapi apa-apa pilihanraya yang membuktikan ketulusan hati untuk semata-mata menziarahi lalu menghulurkan bantuan yang diperlukan.    

Antara yang turut hadir pada MASISUPA yang berlangsung selama lima (5) hari itu ialah Pengerusi, Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad;

Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shahiruddin Ab Moin yang juga wakil rakyat (BN – Dong); wakil rakyat setempat, Dato’ Abdul Aziz Kiram (BN – Batu Talam); Pegawai Daerah Raub, Dato’ Ismail Mohd Ali; serta, Pengarah JAIP, Dato’ Mohd Noor Rani. – Khabar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...