Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Sukan Dan Hiburan - Semua Venue Sukma Selesai


KUANTAN - Pahang kini bersedia menanti kehadiran atlet daripada semua kontinjen seluruh negeri sempena Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 apabila kesemua 22 venue kejohanan siap dan boleh digunakan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Sukma ke-15, Ahmad Hairi Hussain berkata, semua venue siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pengelola termasuk kolam renang di Indera Mahkota yang mengalami kelewatan hampir sebulan.


Menurutnya, kolam renang yang menelan kos sebanyak RM21 juta itu merupakan venue terakhir diserahkan kepada pengelola.


“Walaupun terlewat dari tarikh yang dijadualkan, saya amat berpuas hati kerana kolam renang ini boleh digunakan sebelum kita menghadapi pertandingan iaitu kira-kira lapan hari lagi,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat terjunan perasmian menandakan Kolam Renang Indera Mahkota itu siap sepenuhnya di sini, kelmarin.


Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, Majlis Sukan Negara yang juga Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Khas Sukma, Datuk Ab Jalil Abdullah.


Ahmad Hairi berkata, walaupun tempoh untuk menyiapkan kolam renang itu mengalami kelewatan namun faktor tersebut tidak melibatkan sebarang penambahan kos .


“Masalah ini itu disebabkan kelewatan penghantaran bahan pembinaannya kerana sebahagiannya terpaksa diimport dari luar negara dan ditempah dari Kuala Lumpur,” katanya.


Beliau berkata, bagaimanapun tiada yang perlu dirisaukan kerana vanue itu siap sepenuhnya dan atlet yang terlibat boleh melakukan terjunan untuk latihan dua hari sebelum pertandingan bermula 8 Julai depan,” katanya.


Menurut beliau, kos keseluruhan penganjuran Sukma ke-15 kali ini sebanyak RM238 juta dan daripada jumlah itu, RM159 juta digunakan untuk pembangunan infrastruktur, RM69 juta untuk perbelanjaan operasi dan RM2 juta bagi kos publisiti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...