KUANTAN - Himpunan BN Pilihan Orang Muda yang diadakan pada hari ahad lalu dianggap sebagai satu manifestasi sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional.
Sambil menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai satu perhimpunan yang aman, YAB Menteri Besar menyatakan yang golongan muda tidak seperti yang dinyatakan oleh pihak Pembangkang.
"Terfikir oleh saya yang perhimpunan hari ini adalah untuk keamanan dan bukannya membuat huru hara seperti mana yang dilakukan oleh Pembangkang.
Ini bermakna, kita selama hari ini tidak mahu mengikut rentak pembangkang. Walaupun tanpa persiapan yang rapi namun tetap mampu berkumpul sebegini ramai, jelas beliau sewaktu menyampaikan ucapan perasmian.
Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa golongan muda sentiasa bersedia untuk mempertahankan Barisan Nasional dan kekal menerajui kepimpinan Negara.
"Pemuda Barisan Nasional sentiasa bersatu padu diantara satu sama lain dan menyahut panggilan pucuk pimpinan apabila sampai waktunya," tambah beliau.
YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob juga turut mengingatkan bahawa saat paling penting bagi sebuah Negara demokrasi adalah apabila tibanya Pilihan Raya.
Tambah beliau, golongan muda hari ini perlu sedar bahawa Politik ini menentukan masa depan negara kita yang global ini.
Pihak Pembangkang jelas tidak mahu melihat Negara ini maju. Maka sebab itu wujudnya penentangan projek - projek yang dibuat oleh pihak Kerajaan.
"Sokongan orang muda pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kesinambungan dan keamanan Negara yang telah terbukti buat sekian lamanya," katanya.

