Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Rakyat Faham Maksud Gagasan 1Malaysia Melalui Transformasi Kerajaan - MB Pahang



KUANTAN - Ramai rakyat sudah memahami maksud Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2009 walaupun ada segelintir yang belum memahami penghayatan konsep itu, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya rakyat memahami maksud itu dengan melihat pelbagai transformasi yang dilaksanakan kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat dalam pelbagai bidang termasuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan akan terus memutarbelitkan isu Gagasan 1Malaysia yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

Sehubungan itu katanya penjenamaan semula Komuniti Bestari kepada Komuniti 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lepas bertujuan membantu kerajaan memperkukuhkan Gagasan 1Malaysia di peringkat akar umbi.

"Saya berpendapat peranan Komuniti 1Malaysia ialah membantu kerajaan menjelaskan tentang dasar, tindakan kerajaan serta menjawab isu semasa berbangkit di peringkat bawahan, bukannya menokok tambah isu dan merumitkan lagi keadaan," katanya ketika berucap merasmikan Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...