You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Pemilik Tanah Terbiar Boleh Serah Kepada Felcra Untuk Majukan - MB Pahang
TEMERLOH - Pemilik tanah terbiar yang tidak lagi mampu mengusahakan tanah mereka diminta menyerahkan kepada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (Felcra) untuk dimajukan.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Felcra mampu menggalas tugas dan tanggungjawab itu kerana mereka mempunyai kepakaran serta kakitangan yang mencukupi.
Ini terbukti apabila banyak kawasan tanah terbiar di negeri ini berjaya dimajukan agensi itu yang memberikan hasil lumayan kepada pemiliknya.
"Manakala sebahagian besar tanah-tanah terbiar di daerah Temerloh juga berjaya dimajukan agensi itu dengan kelapa sawit dan lain-lain tanaman malah telah mengeluarkan hasil dan memberikan pendapatan bulanan kepada pemiliknya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan geran hak milik tanah kepada 80 daripada 117 peserta Felcra Berhala Gantang di Kampung Desa Baru Purun Selasa.


