KUANTAN - Kampung Relong dekat Kuala Lipis muncul johan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2012 peringkat negeri selepas menewaskan sembilan buah kampung lain.
Dengan kemenangan itu, kampung berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, manakala tempat kedua dimenangi Kampung Bukit Goh di sini yang meraih RM10,000 dan Kampung Lengkong, Bentong di tempat ketiga (RM10,000).
ADC anjuran Kemas itu akan menilai kampung yang bertanding berdasarkan beberapa kriteria termasuk kepimpinan, pendidikan, kerohanian, ekonomi, kesihatan, teknologi dan keceriaan.


