Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Politik Isu Semasa , UTAMA - Pembangkang Bimbang Orang Asli Sokong BN


MARAN - Tindak-tanduk pembangkang yang memandang sinis usaha keras kerajaan membangunkan masyarakat Orang Asli memperlihatkan kebimbangan mereka terhadap arah tuju sokongan kaum itu pada pilihan raya umum kelak.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab Barisan Nasional (BN) tidak akan meminggirkan mana-mana etnik untuk menikmati kemajuan negara.

Tambah beliau, usaha murni kerajaan dalam membela nasib masyarakat Orang Asli akan diteruskan walaupun tidak disenangi pembangkang yang bimbang sokongan padu etnik itu kepada kerajaan.

"Kerajaan memberi jaminan usaha mendekati etnik Orang Asli tetap dipertingkatkan supaya masyarakat itu lebih berdaya saing dan berminda terbuka.

"Masalah tempat kediaman, aktiviti ekonomi dan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya akan dipertingkatkan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Santai Sukan Rakyat Puteri UMNO Bahagian Maran Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Batu 55, dekat sini hari ini.

Menurutnya, kemudahan infrastruktur dan peningkatan taraf sosioekonomi serta pendidikan masyarakat Orang Asli jauh lebih baik berbanding dekad lepas.

Malah ujar beliau, sudah semakin ramai anak Orang Asli mengikuti pengajian di universiti tempatan dan berjawatan profesional.

"Oleh itu, masyarakat Orang Asli perlu menunjukkan sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding pembangkang yang sanggup berjanji bulan dan bintang," katanya.

Menurutnya, kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion sejak 2006 hingga sekarang bagi memastikan masyarakat Orang Asli di negara ini maju dan mampu bersaing dengan kaum lain.

Tegasnya, projek perumahan akan ditambah supaya keluarga Orang Asli mempunyai kediaman kekal sekali gus dapat mengelak budaya berpindah-randah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...