Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Kerajaan Siasat Caj Tambahan BR1M



KUANTAN, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat aduan masyarakat Orang Asli di negeri itu yang mendakwa mereka dikenakan caj sebanyak RM100 ketika menuntut bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata masyarakat Orang Asli mengadu hal tersebut kepadanya ketika beliau menghadiri program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pos Betau, Lipis, semalam.

"Kita akan siasat dan kita amat mengambil berat berhubung dakwaan itu, tindakan akan diambil terhadap siapa saja yang terbabit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Kamus Al-Quran yang dirasmikan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, di sini, Jumaat.

Adnan berkata beliau kesal dengan sikap segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap masyarakat minoriti itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...