Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Politik Isu Semasa , UTAMA - Go Green Diminta Hentikan Hipokrasi


RENCANA - Satu ketika dahulu, kita memerlukan beberapa peralatan elektronik untuk mengendalikan satu kerja. Hari ini dengan terciptanya teknologi telefon pintar, segala-galanya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan satu telefon pintar.


Bahkan anda boleh membayar bil utiliti dan menjalankan aktiviti perbankan tanpa perlu beratur panjang di kaunter serta membuang masa mencari tempat meletakkan kenderaan.



Ruang tamu rumah kita juga turut mengalami perubahan dengan kehadiran teknologi terkini. Jika dahulu sebuah peti televisyen mengambil ruang banyak, kini kehadiran televisyen skrin rata memberi lebih ruang untuk hiasan di samping menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.



Peranti pintar dan mesra alam ini mengandungi bahan daripada nadir bumi.



Hentikan Hipokrasi
Kilang pemprosesan nadir bumi bukan reaktor nuklear atau makmal pengayaan uranium. Ia adalah sebuah kilang pemprosesan kimia.



Hari ini, terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba memanipulasikan isu ini dengan mengaburi pemikiran penduduk bagi tujuan politik.



Penting untuk kita tidak tertipu dakyah dusta mereka, sebaliknya lebih baik kita ikut nasihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas kepada perwakilan partinya dalam Muktamar ke-57 pada 5 Jun 2011.



Hadi antara lain berkata, “Saya hendak menarik perhatian isu Lynas dibangkitkan perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr Rosli Che Mat yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia PhD dalam bidang nuklear”.



Tahun lepas, pakar dimaksudkan Hadi, Dr Che Rosli Che Mat di dalam temu bual dengan sebuah stesen TV swasta dirakam berkata, “Mereka menakutkan orang ramai mengatakan Lynas loji nuklear sedangkan dia memproses bahan tabii, nadir bumi daripada Mount Weld
yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”



“Yang membawa isu ini, PKR. Jadi saya bersabar lama dan pernah dapat amaran daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran akhbar lidah rasmi parti politik Pas dengan bahasa kurang senanglah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear?



“Saya malu. Saya orang Pas. Jadi akhirnya saya buat keputusan sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, katalah.”



Dr Rosli yakin bahawa penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.



Semalam, Dr Rosli mengulangi pendapat profesional bahawa loji Lynas selamat dan projek itu perlu diteruskan selagi syarikat mematuhi piawaian keselamatan serta peraturan ketat untuk memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat dilindungi.



Kerajaan Malaysia mengenakan syarat ketat memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja, orang ramai serta alam sekitar. Peraturan ketat dan syarat khas sudah digubal bagi tujuan itu.



Lynas dikehendaki mengemukakan butir mengenai lokasi, pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal yang akan menampung sisa dihasilkan kilang tersebut.



PDF dicadangkan Lynas hendaklah terletak jauh dari kawasan penempatan penduduk.



Lynas dikehendaki memberi Surat Akujanji untuk mengeluarkan dan memindahkan ke luar negara semua sisa terhasil dari pemprosesan nadir bumi.



Semua sisa air hendaklah dirawat sepenuhnya dan menepati piawaian ditetapkan sebelum dilepaskan.



Gas dibebaskan daripada kilang Lynas hendaklah dirawat Lynas mengikut piawaian antarabangsa dan dipantau pihak berkuasa berkaitan secara berterusan bagi memastikan gas itu selamat untuk dilepaskan melalui cerobong kilang.



“Nak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah,” - Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 5 Jun 2011.



 Go Green! Hentikan Hipokrasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...