Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - BN Perlu Bersatu, Setia dan Berkhidmat Untuk Rakyat


MARAN - Anggota parti diminta bersatu, setia dan berkhidmat bagi memastikan rakyat terus memberikan mandat untuk Barisan Nasional (BN) terus menerajui kerajaan.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak berkata, komitmen semua pihak diharap membolehkan BN kekal memerintah.



Menurutnya, selain itu, apa yang mustahak pemimpin BN kena bekerja keras dan sentiasa turun padang menyelesaikan masalah rakyat.



“Malah seluruh kepimpinan dan jentera BN Pahang kini berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja dalam tahun ini.



“Kita yakin akan mencapai KPI itu 14 kerusi Parlimen hasil berkat usaha berterusan UMNO dan seluruh parti komponen BN negeri,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chenor Fasa, di sini.



Tan Mohd Aminuddin berkata, kemenangan BN memerlukan komitmen berterusan daripada seluruh ahli parti termasuk parti komponen untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa BN adalah sebuah parti yang bekerja dan benar-benar membela nasib mereka.



Menurutnya, perjuangan BN untuk memenangi pilihan raya umum akan datang adalah untuk menunaikan amanah untuk rakyat dan bukan mendapatkan kuasa politik semata-mata.



“BN bukan seperti parti pembangkang yang hanya bermatlamat untuk mendapat kuasa politik bagi menawan Putrajaya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...