Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Nilai Tambah Bagi Graduan Perlu Dipertingkatkan


KUANTAN - Para graduan diingatkan supaya berfikiran secara kritikal dalam menilai sesuatu perkara supaya dapat memberi nilai tambah kepada diri sendiri dalam menempuhi alam pekerjaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun berfikiran kritikal, namun dalam membuat sesuatu keputusan haruslah berpaksikan kepada sifat rasional dan matang.

"Keperluan itu penting memandangkan arus globalisasi yang menuntut graduan lebih berkua­liti dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) ke-35 di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad.

Sebanyak 1,803 graduan mene­rima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen politeknik itu yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini.

Pada majlis itu, graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Mohamad Jamaludin Suhaimi, 22, muncul penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum.

Menurut Adnan, memiliki segenggam ijazah atau diploma tidak cukup menyakinkan para majikan dan kemahiran lain diperlukan supaya mereka dapat berdaya saing dalam dunia pekerjaan.

"Graduan diingatkan bahawa penerimaan diploma atau ijazah bukan menandakan mereka tamat pengajian. Ilmu pengetahuan mesti sentiasa dicari dan tingkatkan kemahiran selari dengan perkemba­ngan semasa," katanya.

Dalam pada itu Adnan berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan kepada graduan dalam pelbagai bidang.

"Graduan Polisas terutamanya perlu merebut peluang dan mene­roka ilmu baru seiring dengan bidang yang dipelajari.

"Saya juga ingin ingatkan ibu bapa agar berbangga dengan pencapaian anak masing-masing sehingga berjaya memperoleh diploma pada konvokesyen kali ini," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...