Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Sukan Dan Hiburan , UTAMA - KDYTM Tengku Abdullah Dipilih Sebagai Presiden Baru FAM


KUALA LUMPUR - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas peroleh 27 daripada 39 undi, tewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam saingan dua penjuru, hari ini.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM

Awal pagi tadi, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengumumkan baginda menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Presiden FAM selepas memegang jawatan itu selama 30 tahun sejak 1984.

Dengan itu, saingan rebut jawatan Presiden kini antara Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kami warga BPUN Pahang merafak sembah menjunjung kasih mengucapkan ribuan tahniah buat KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

Semoga pembangunan sukan bolasepak Negara bakal bertambah baik mutu serta prestasinya dimasa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...