Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - 10ribu Unit Rumah Mampu Milik Sedang Dibina


KUANTAN – Lebih 10,000 unit rumah mampu milik kini sedang dibina, tidak sampaipun setahun selepas janji dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri untuk membina 15,000 unit rumah berkenaan dalam tempoh lima (5) tahun antara tahun ini (2014) dan 2018.

Janji ini sepertimana terkandung dalam Manifesto BN Negeri yang dilancarkan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi, BN Negeri, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menjelang Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei lepas.   

KDYMM Sultan Pahang telah menitah-sebutkan tentang rumah mampu milik ini serta perkembangannya sehingga kini, dalam titah kira-kira 20-minit Baginda semasa menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-13 pagi Isnin, 21 April di sini.

“Berhubung dengan perumahan, pada bulan Mei 2013, Kerajaan Beta berjanji akan membina sebanyak 15,000 unit rumah mampu milik di negeri ini, untuk tempoh lima (5) tahun, dari tahun 2014 hingga tahun 2018.

“Rumah mampu milik disediakan di negeri Beta untuk rakyat Beta yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 satu isi rumah.

“Alhamdulillah, setakat bulan April 2014 sahaja, sebanyak 10,859 unit rumah mampu milik pelbagai jenis telah dimulakan pembinaannya, melibatkan 24 tapak dengan keseluruhan kawasan seluas 1,230 ekar.

“Lebih ramai rakyat Beta akan dapat peluang memiliki rumah sendiri nanti,” titah Baginda pada Istiadat yang turut dihadiri oleh YAM Tengku Muda Pahang, selain Menteri Besar sendiri serta para kenamaan lain termasuk wakil-wakil rakyat negeri sekelian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...