Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Politik Isu Semasa - PTPTN: Senarai Hitam Hanya Buat Penerima LOD sahaja


TEMERLOH - Tindakan menyenarai hitam hanya diambil ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang ingkar dan mereka yang dikenakan tindakan saman atau Letter of Demand (LOD) sahaja.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata peruntukan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1987 Akta 556, membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam ingkar daripada ke luar negara.

"Tindakan ini hanya dilakukan terhadap peminjam atau penerima yang degil dan culas bayar pinjaman walaupun diberi peringatan berkali-kali," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri beliau bersama anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad di Padang Kampung Pulau Pasir Mandi, di sini Isnin.

Beliau berkata mulai Ogos 2008 sehingga akhir Julai lalu, pihaknya menyenarai hitam dan melarang 132,801 peminjam ke luar negara melalui kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.

Daripada jumlah tersebut katanya, 28,319 peminjam atau penerima membayar balik pinjaman dengan kutipan RM194.60 juta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...