Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Mahasiswa Perlu Lebih Rasional - MB Pahang



KUANTAN - Setiap mahasiswa perlu mempunyai pemikiran yang rasional, matang dan kritis dalam usaha melahirkan generasi berketerampilan pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, mereka perlu menilai dan melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif serta dimensi tanpa dipengaruhi emosi.

"Sebagai mahasiswa mereka perlu bebas daripada bersikap buruk sangka, berfikiran sempit dan dendam kesumat, sebaliknya perlu lebih rasional dalam membuat keputusan.

"Mereka bukan lagi pelajar sekolah tetapi pelajar universiti yang perlu berdikari dan berfikiran lebih bernas serta melihat sesuatu perkara dalam pelbagai sudut," katanya ketika merasmikan Minggu Induksi Siswa Baru sesi 2012/2013 di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...