Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Program Aktiviti - Jamuan Raya DUN Pelangai Meriah


Sambutan Hari Raya masih lagi diadakan diseluruh Negeri termasuklah di kawasan Dewan Undangan Negeri Pelangai. Kehadiran penduduk setempat cukup meriah.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob yang juga merupakan ADUN Pelangai selaku tuan rumah turut bersama - sama memeriahkan lagi jamuan tersebut.


Selain menjamu selera, jamuan ini juga turut diserikan lagi dengan Majlis Penyerahan Cek Sumbangan untuk membina Perpustakaan Desa oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Cek yang bernilai sebanyak RM 300,000 itu telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar Pahang oleh Ketua Pegawai Korporat, Y.Bhg. Dato' Roslan Bin Abdul Rahman.


Disamping itu juga, YAB Menteri Besar Pahang turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah - jemaah Haji yang berada di dalam kawasan Pelangai.

Sumbangan berupa beg pakaian, kain ihram dan juga wang saguhati merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh YAB Menteri Besar dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).


YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan juga berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada warga - warga emas dan golongan yang memerlukan didalam majlis ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut merasmikan bas awam yang disediakan oleh Syarikat Warisan Jengka bagi kemudahan penduduk - penduduk di Pelangai untuk bergerak.


Ternyata, majlis jamuan ini bukan sekadar diisi dengan makanan dan minuman semata - mata. Ia juga turut dimanfaatkan sepenuhnya oleh YAB Menteri Besar Pahang bagi memberi kemudahan kepada seluruh rakyat yang berada di kawasan DUN Pelangai khususnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...