Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Tiada Hasrat Untuk Dahului Kerajaan Pusat - MB Pahang


KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang tidak berhasrat untuk mendahului Kerajaan persekutuan dalam mencapai status Negeri Maju.

Oleh yang demikian, YAB Menteri Besar Pahang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mensasarkan tahun 2020 untuk mencapai matlamat tersebut.

"Kita tidak berhasrat untuk menjadikan Pahang Negeri Maju lebih awal dari 2020, lebih awal dari Kerajaan Persekutuan sendiri.

"Kita tidak mahu juga, sebelum Negeri menjadi maju, ianya jatuh ke tangan pembangkang seperti di sesetengah Negeri lain," kata beliau dalam ucaptama sempena konvensyen Ekonomi baru - baru ini.

Selain itu, beliau juga turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri Pahang adalah Negeri bankrap.

"Sejak tahun 2000 sehingga 2010, Kerajaan Negeri telah membentangkan 2 bajet berimbang, 6 bajet 'Surplus' dan hanya 3 bajet defisit.

"Maka, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri bankrap adalah tidak benar sama sekali," tambah beliau.

Beliau juga menjelaskan, adalah mustahil bagi sebuah Kerajaan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat sekiranya bankrap.

"Mana mungkin sebuah Kerajaan yang bankrap mampu untuk membantu rakyat dalam beberapa sektor termasuk memberi bantuan kemasyarakat dan bantuan bencana ketika diperlukan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...