Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , Politik Isu Semasa - Stesen Radio BFM 89.9 Nafi Dakwaan Fuziah Salleh


KUANTAN - Sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Malaysia (BFM 89.9) tampil menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, stesen tersebut menyatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang tekanan dari orang luar untuk membatalkan sesi temubual bersama dengan Fuziah seperti yang telah dijadualkan sebelum ini.

Menurut kata penerbit stesen radio tersebut, Neolle Lim, temubual itu hanya ditangguhkan kepada satu tarikh lain kerana pihaknya mahu turut menjemput pakar dalam bidang nadir bumi untuk turut serta.

Temubual itu akan diteruskan pada tarikh kemudian kerana ramai pakar dalam bidang yang berkaitan sedang bercuti ekoran musim perayaan pada ketika ini.

Stesen itu, katanya mahu mengambil sikap berkecuali dan berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap insiden tersebut bagi tujuan tertentu.

Tambah Neolle, pihak Pegawalselia juga tidak pernah mengeluarkan arahan agar temubual itu tidak dijalankan seperti mana yang dijadualkan.

Sebelum ini, Fuziah mendakwa wujud campurtangan 'pihak atasan' atau 'orang berkuasa' dengan mengeluarkan arahan kepada stesen berkenaan agar temubual itu tidak dibuat.

Beliau membuat dakwaan tersebut melalui laman twitter dengan menyatakan bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai pembatalan sesi tersebut setelah 15 minit menunggu di stesen radio tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...