Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Banjir Di Pahang Kian Pulih

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertanyakan khabar mangsa banjir di pusat pemindahan Balai Raya Telok Gading di Rompin, semalam. Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis. - Utusan/RUSHDI SALLEH

KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang semakin pulih apabila hanya tujuh mangsa sahaja lagi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan banjir di Kuantan.

Semua pusat pemindahan lain sebelum ini termasuk di daerah Raub telah ditutup berikutan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pukul 5 petang ini.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, tujuh mangsa terbabit, yang terdiri daripada dua keluarga, ditempatkan di balai raya kampung Pahang.

"Kedua-dua buah keluarga itu dari kampung Pahang dan mereka masih belum dibenarkan pulang kerana keadaan banjir di kawasan rumah mereka belum pulih sepenuhnya lagi,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, 67 mangsa daripada 12 keluarga, di daerah Kuantan telah dibenarkan pulang 5 petang ini.

Bagi daerah Raub, jumlah mangsa banjir seramai 247 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Gali Tengah, Dewan Gali Hilir, Dewan Kuil Hindu Subramaniam, balai raya Tok Macang dan balai raya Hulu Gali juga dibenarkan pulang 5 petang semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...