Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , Politik Isu Semasa , UTAMA - Penswastaan Jabatan Bekalan Air Pahang Bermula Februari 2012


KUANTAN  – Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) akan dikorporatkan pada 1 Februari tahun depan.

Satu majlis perjanjian pengkorporatan antara kerajaan negeri Pahang dan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) ditandatangani hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menandatangani perjanjian berkenaan bagi pihak kerajaan negeri, manakala Paip diwakili ahli lembaga pengarahnya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Menurut Adnan, menerusi perjanjian dan pengkorporatan berkenaan, kerajaan negeri bersetuju menyerahkan urusan merawat, membekal, mengagih dan mengutip hasil air bersih kepada Paip (fungsi yang selama ini dilaksanakan JBAP).

Beliau berkata, tujuan pengkorporatan berkenaan ialah supaya Paip dapat meningkatkan kecekapan operasi bekalan air dengan memberi fokus kepada bidang-bidang yang akan meningkatkan hasil seperti mengurangkan air tanpa hasil, memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Adnan berkata, Paip adalah syarikat yang mana 100 peratus pegangannya dimiliki kerajaan negeri Pahang.

Ianya bagi memastikan tarif air serta bekalannya dapat dipantau secara langsung oleh pihak Kerajaan Negeri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...