KUANTAN, 17 Julai - Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini mengecam tindakan Pemuda UMNO dan Perkasa yang dikatakan tidak bersuara mengenai isu larangan Pusat Hiburan di Kedah.
Tindakan tersebut dilihat tidak wajar dilakukan. Mereka sepatutnya memberi tekanan kepada rakan komponen Pakatan Pembangkang, iaitu DAP yang lantang membantah keputusan Kerajaan Negeri.
Bagi Datuk Razali Ibrahim, tindakan Pemuda PAS itu hanya satu provokasi yang jelas. Mereka dilihat hanya mahu melaga - lagakan MCA dengan UMNO sedangkan keputusan tersebut dibuat oleh Kerajaan Negeri.
"Sekiranya Pemuda UMNO memberikan pendirian sekali pun, keputusan terhadap larangan itu terpulang kepada Kerajaan Negeri.
Hanya mereka sahaja yang layak menentukan keputusan tersebut. Jika Pemuda UMNO ambil pendirian, Pemuda PAS tetap tidak akan bersetuju dengannya." jelas beliau ketika ditemui selepas Majlis Perasmian BN Youth Job Fair Pahang 2011.
Semalam, Kerajaan PAS Negeri Kedah telah mengambil ketetapan untuk berbincang terlebih dahulu dengan pengusaha - pengusaha Pusat Hiburan bagi menyelesaikan masalah tersebut.