Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri , UTAMA - Keutamaan PR1MA Pahang Buat Golongan Belia


KUANTAN - Usaha pihak Kerajaan Negeri mewujudkan sendiri projek Perumahan Mampu Milik (PR1MA Pahang) merupakan satu usaha yang patut dibanggakan.

Sehingga hari ini, sebanyak 13,257 buah perumahan sedemikian telah pun dijalankan dalam pelbagai peringkat dan mencapai 88 peratus dari sasaran asal iaitu 15ribu unit.

YAB Menteri Besar Pahang menjelaskan, ke semua projek yang dilaksanakan di 29 kawasan itu akan turut memberi tumpuan utama kepada golongan Belia.

Beliau menambah kata betapa janji untuk membina 15,000 unit rumah mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Negeri Pahang dalam tempoh antara 2014 dan 2018 seperti juga termaktub dalam Manifesto BN Negeri itu, turut melibatkan golongan belia.

Misalnya, kriteria yang ditetapkan bagi mereka yang layak memohon untuk memiliki unit-unit rumah di bawah PR1MA Negeri ini ialah – selain dianya rakyat Malaysia dengan keutamaan kepada rakyat KDYMM Sultan Pahang, berpendapatan seisi rumah tidak lebih RM5,000 sebulan, telah menetap di negeri ini secara berterusan tidak kurang lima (5) tahun ialah;

Keutamaan kepada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah atau kategori di bawah takrifan ‘belia’.

“Kita janji 15,000 ni kalau kot 15,000 ni payah dicapai. Rupanya mudah sangat, tak sampai setahun hampir dah 15,000. Kalau macam tu patut kita boleh janjikan 15 (,000) X 5, 75,000 unit!

“Di sini saya ingin sebutkan, kita akan teruskan usaha ini. Apabila sasaran (15,000 unit) telah dicapai, kita akan teruskan. Dan setakat ini, kita telahpun melaksanakan beberapa projek dan keluasan yang terlibat 29 kawasan, seluas 1,200 ekar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Anugerah Belia Peringkat Negeri Pahang 2014 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan sebelum ini.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Exco Belia dan Sukan, Presiden Majlis Belia Negeri, barisan Exco Kerajaan Negeri, ADUN - ADUN, Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Negeri Pahang, serta ahli - ahli persatuan belia serta kelab gabungan seluruh Negeri Pahang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...