Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - UMNO Pahang Akan Turut Serta Dalam PRK Kajang


KUANTAN - Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob ketika ditanya oleh para wartawan mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Beliau yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, turut menjelaskan bahawa UMNO Pahang telahpun menghantar kumpulan pemimpin dan ahli-ahli parti kira-kira 200 orang kebanyakannya dari sayap Pergerakan Wanita dan Pemuda, untuk membantu dalam kempen BN di sana,

“Malam tadi pun sebagai contohnya, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Sharkar (Shamsuddin) telahpun berceramah dalam satu ceramah.

“Saya akan ke sana dalam sehari-dua lagi untuk menyelia, memantau dan melibatkan diri dalam kempen di sana nanti, InsyaAllah,” katanya. 

Pilihan Raya Kecil DUN Kajang diadakan berikutan ADUNnya (PKR) yang sebelum ini telah meletakkan jawatan dan seterusnya menyebabkan kerusi DUN tersebut kosong.

Ianya menyaksikan pertandingan satu lawan satu diantara calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun menentang calon PKR, Datin Seri Wan Azizah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...