Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - RM 71.7juta Peruntukan Membangunkan Sekolah Agama


RAUB - Pahang memperuntuk sejumlah RM71.7 juta bagi program pembangunan dan pendidikan sekolah menengah agama negeri pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 80 peratus digunakan bagi membayar gaji kakitangan pengurusan dan guru manakala bakinya untuk pembangunan, termasuk melengkapkan prasarana di sekolah terbabit.

"Sekolah agama kini bukan lagi sekolah kelas ketiga seperti anggapan sesetengah pihak sedikit masa dahulu... sekarang ia sudah jauh berubah dan maju, bukan sahaja segi pendidikan malah prasarana dan kemudahan lain," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang di sini Selasa.

Adnan berkata keberkesanan pembelajaran di sekolah agama terbukti apabila ramai lepasannya menyandang pelbagai jawatan tinggi sama ada di sektor awam atau swasta.

Beliau turut menggesa pelajar sekolah menengah agama di Pahang agar terus tekun belajar dan berusaha menguasai Bahasa Inggeris sebagai jaminan masa depan mereka.

Di Pahang, terdapat sebanyak 18 sekolah menengah agama negeri dengan jumlah pelajar 9,800 orang dan 640 guru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...