Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Program Aktiviti - Perasmian Terminal Bas Akasia dan Pelancaran Perkhidmatan Sri Jengka


BENTA - Semalam telah berlangsungnya satu Majlis Perasmian Terminal Akasia Benta dan Pelancaran Perkhidmatan Bas Henti - Henti oleh YAB Menteri Besar Pahang.


Terminal Akasia Benta ini telah dibina bagi menggantikan hentian bas Pekan Benta yang sudah kian uzur sebelum ini. Ianya mula dibina pada tahun 2011 dan siap sekitar tujuh bulan kemudian.


Manakala perkhidmatan bas henti - henti kendalian syarikat Sri Jengka pula adalah merupakan satu lagi sumber pengangkutan awam yang disediakan untuk penduduk tempatan.

Perkhidmatan bas tersebut dijangka mampu menjangkaui kawasan - kawasan sekitar Padang Tengku, Benta dan Kuala Lipis bagi memudahkan rakyat.


Selain itu, YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob juga turut memandu uji sendiri bas yang akan digunakan kelak.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan buat bekas - bekas pemandu bas Pahang Lin Siong yang telah berkhidmat untuk rakyat sekitar kawasan Benta - Kuala Lipis sejak tahun 1950an lagi.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato' Hj. Mohammad Soffi Abdul Razak, Exco Negeri merangkap ADUN Benta, yang juga turut merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri.

Exco lain yang turut serta ialah YB Dato' Hj. Wan Rosdy Wan Ismail, YB Dato' Shaharudin Ab Moin, YB Dato' Abdul Rahman (Ahli Parlimen Lipis), YB Dato' Mustapha Long (ADUN Padang Tengku), YB Dato' Fong Koong Fuee (ADUN Jengka), pegawai - pegawai Kerajaan, pemimpin - pemimpin masyarakat serta penduduk setempat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...