Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Program Aktiviti - Forum Perdana Hal Ehwal Islam "Jiwa Gelora"

Moderator dan Ahli Panel mengambil tempat bagi memulakan program
KUANTAN - Bertempat di padang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan telah berlangsungnya program Forum Perdanan yang dianjurkan oleh MUAFAKAT MRSM Kuantan sempena sambutan 40 tahun penubuhan Maktab tersebut.

Program tersebut turut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Bank Muamalat, Bank Islam, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebahagian dari Muslimat yang turut hadir
Sedikit mengenai sejarah MRSM Kuantan. MRSM ini telah memulakan sesi pengajiannya pada 9 Mac 1974 dengan pelajar seramai 142 orang sahaja. 

Pada ketika ini, MRSM Kuantan telah mempunyai seramai 730 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Para perintis Maktab ini pernah menyaksikan pelajarnya mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate Education (LCE) pada tahun 1976.

Para hadirin menumpukan perhatian mendengar forum yang disampaikan
MRSM Kuantan telah dirasmikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mua'dzam Shah pada 3 Julai 1978.

Program Forum Perdana semalam diadakan bagi mengisi jadual program - program berbentuk keagamaan selari dengan keperluan rohani para pelajar.

Ahli Panel yang terlibat dalam program yang diadakan semalam ialah Pendakwah Bebas Ustaz Muhammad Kazim Elias, Pegawai JAIP Ustaz Badli Shah dan Ustaz Wan Jaafar.

YAB Menteri Besar tekun mengambil nota pengisian yang disampaikan oleh Ahli - Ahli Panel
Tidak ketinggalan, ahli Panel menyentuh mengenai kesabaran dan keredhaan sebagai umat Islam terhadap ujian Allah S.W.T dalam menghadapi musibah seperti banjir dan bencana alam. Turut menarik perhatian ahli panel ialah mengenai kehilangan pesawat MH370.

Turut hadir di program berkenaan ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Tugas - Tugas Khas, YB Dato' Norol Azali, Pengurus Bank Muamalat, Pengurus Bank Islam, Pengetua MRSM dan guru - guru, para pelajar MRSM serta penduduk - penduduk setempat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...