Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - galeri , Program Aktiviti - Majlis Pelancaran BN Pilihan Orang Muda Negeri Pahang



KUANTAN - Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka bakal diadakan tidak berapa lama lagi, Barisan Nasional Negeri Pahang telah mengadakan satu program khusus buat anak muda.



Program yang diberi nama 'BN Pilihan Orang Muda' ini diadakan dengan mengumpul generasi - generasi muda dari kalangan anak - anak Pahang turut disertai oleh pelbagai kaum yang mewakili suara komponen BN.




Majlis ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob selaku Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang.



Program yang dijalankan secara santai ini diadakan bagi menyatakan kesiapsiagaan Pemuda dan Puteri Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.



Seramai 8000 anak muda yang mewakili Pemuda dan Puteri Barisan Nasional dari seluruh Negeri Pahang turut memeriahkan Majlis hari ini sebagai tanda sokongan padu mereka terhadap perjuangan Barisan Nasional.



Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda BN Kebangsaan, Datuk Rosnah Rashid Sirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dato Abu Jimi bin Samah, Ketua Pemuda BN Negeri Pahang, Ahli - Ahli Parlimen BN Pahang, ADUN - ADUN dan Ketua - Ketua Pemuda Bahagian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...