Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Politik Isu Semasa , UTAMA , VIDEO - Golongan Muda Bukan Untuk Di Perkudakan - Datuk Rosnah Shirlin


KUANTAN - Sempena Majlis Perasmian Program BN Pilihan Orang Muda Peringkat Negeri Pahang yang diadakan ahad lalu, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia telah turut serta meluangkan masa turun ke Kuantan.

Beliau turut diminta untuk menyampaikan ucapan mewakili golongan muda dari kalangan Puteri yang turut hadir pada hari tersebut.

Antara lain isi kandungan ucapan YB Datuk Rosnah ialah menggesa agar orang muda sentiasa menjadi pengerak utama dalam kejayaan Barisan Nasional.

Tambah beliau, Barisan Nasional jelas sudah banyak membantu dan memberi ruang buat anak - anak muda dalam segala aktiviti yang mereka minati.

Selain itu, beliau turut menyelar tindakan pihak Pembangkang yang hanya sekadar tahu untuk memperkudakan golongan muda dengan agenda kurang sihat.


Bagi beliau, tindakan yang tidak bertanggungjawab seumpama ini seharusnya dijauhi oleh anak - anak muda yang ada pada hari ini.


Pihak pembangkang hanya mahu melihat anak muda melakukan kerja - kerja tidak berfaedah seperti berdemonstrasi di jalanan dan membenci pihak Kerajaan tanpa sebab yang tertentu.

Namun, golongan muda hari ini bukanlah generasi tidak tahu mengenang budi. Sebaliknya mereka sentiasa mengenang jasa yang telah ditaburkan oleh pihak Kerajaan yang banyak menyediakan ruang dan peluang buat mereka sejak dari zaman dahulu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...