KUANTAN - Barisan Nasional Negeri Pahang menjadi negeri ke enam yang telah mengadakan Pelancaran BN Pilihan Orang Muda.
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan yang turut dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.
Majlis tersebut telah disertai oleh lebih 5000 anak - anak muda yang terdiri dari kalangan Pemuda dan Puteri dari pelbagai kaum yang datang seluruh Negeri Pahang.
Selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional Negeri Pahang, YH Dato' Abu Jimi Bin Samat diberi kesempatan mengalu - alukan para pemuda dan puteri yang hadir.

