Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Politik Isu Semasa , UTAMA - BN Pilihan Orang Muda Penentu PRU Akan Datang


KUANTAN - Tidak dapat dinafikan bahawa golongan muda merupakan generasi pelapis kepada kepimpinan sedia ada dimasa akan datang tanpa mengira dimana sahaja mereka berada.

Jesteru itu, sokongan dari kalangan orang muda ini sewajarnya tidak harus dipandang ringan oleh pihak Kerajaan yang selama ini banyak memberikan bantuan dan dorongan untuk mereka.

Disebab itulah golongan muda kini menjadi rebutan diantara beberapa parti Politik. Pelbagai program diatur dan dijalankan semata - mata untuk menarik minat mereka kepada dunia Politik.

Demikian diantara isi kandungan ucapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaludin sewaktu Majlis Perasmian Program BN Pilihan Orang Muda di Kuantan semalam.

Tegas beliau, sokongan orang muda kepada Barisan Nasional jelas tidak berkurangan malah bertambah saban hari berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dijalankan sejak Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang lalu.

"Pihak Pembangkang hanya tahu 'auta' mengatakan yang BN kurang mendapat perhatian dari kalangan orang muda. 

Namun, mereka jelas tidak mampu menjelaskan fakta yang BN tetap menjadi pilihan orang muda dalam Pilihan Raya Kecil yang lalu dimana saluran orang muda sentiasa meingkat dari masa ke semasa," jelas beliau.

Selain itu beliau juga turut mengingatkan kepada orang muda bahawa Pilihan Raya Umum yang akan datang merupakan yang paling penting terutamanya bagi Barisan Nasional.

"Walaupun pada tahun 2008, pihak Pembangkang menyifatkan berlakunya tsunami di Semenanjung Malaysia, namun Pahang tetap menjadi kubu kuat Barisan Nasional," tambah beliau.

Kedudukan ini, kata beliau, perlu dikekalkan dimasa akan datang bagi memastikan BN kembali menawan seluruh Malaysia.

"Pilihan Raya akan datang bakal menentukan masa depan Negara kita. Apa akan jadi sekiranya Pembangkang menjadi pemerintah? Sudah pasti Negara ini akan hancur.

"Maka, adalah menjadi tanggungjawab golongan muda untuk memastikan Barisan Nasional terus kekal memegang tampuk pimpinan Negara dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...