Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Politik Isu Semasa , UTAMA - Akhbar Bebas Bersuara - MB Pahang


BANDAR TUN RAZAK – YAB Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob ketika diminta mengulas mengenai Fokus Parlimen diketengahkan Sinar Harian kini, menyatakan sesebuah akhbar bebas untuk menyuarakan pelbagai perkara berkaitan politik.

"Saya berpendapat ia adalahkebebasan akhbar itu sendiri. Ia cara untuk menyuarakan pendapat kita,” katanya selepas melancarkan sambutan Hari Koperasi Negara 2012 peringkat negeri di Balora Mastika, Bandar Jengka, semalam.

Beliau dalam pada itu turut mengulas mengenai isu Pakatan Rakyat (PR) yang enggan membubarkan parlimen sekiranya pembubaran dilakukan dalam masa terdekat.

“Mereka punya hak untuk membuat keputusan sedemikian, malah saya berasa mereka tidak silap. 

“Namun jika enggan membubarkan parlimen, keadaan itu menunjukkan mereka tidak berani dan saya percaya mereka takut kehilangan  kerusi dipegang kini,” katanya.

Beliau berkata, sikap penakut pembangkang turut menggambarkan kebimbangan PR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 683 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan seramai 283,652 ahli di negeri ini.

Beliau juga berkata, penambahan koperasi menunjukkan peningkatan dari segi perniagaan sekali gus mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negeri. 

“Setakat ini, kita mencatatkan jumlah aset bernilai RM899 juta dan jumlah perniagaan koperasi bernilai RM685 juta sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.

“Oleh itu, saya mengingatkan masyarakat supaya bersyukur dan tidak melupakan kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka,” katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...