![]() |
Bangunan Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan Kini Di Indera Mahkota |
KUANTAN - Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuantan lama yang kini diambil alih Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) terus dikunjungi orang ramai untuk menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan agensi itu.
Mereka mendakwa tidak tahu pejabat itu sudah berpindah ke bangunan baru di Indera Mahkota dan datang ke situ untuk pelbagai urusan berkaitan termasuk menjelaskan cukai tanah dan sebagainya.
Salah seorang pelanggan, Tan Kai Fook, 45, berkata, dia datang ke bangunan itu untuk menjelaskan cukai tanah seperti kebiasaannya.
Menurutnya, dia terkejut apabila salah seorang lelaki ditemui memberitahu, bangunan itu kini menjadi pejabat Jaip.
“Pada mulanya saya tidak percaya kerana nama Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan masih terpampang pada bangunan itu.
“Saya mencari kakitangan di dalamnya untuk pengesahan dan mereka memberitahu bangunan tersebut sudah diambil alih Jaip,” katanya ketika ditemui di pekarangan bangunan itu, petang kelmarin.
Seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Suzan, 35, berkata, dia bersama adiknya datang ke pejabat itu atas uru-san lain dan terus ke kaunter seperti kebiasaannya.
“Bagaimanapun, saya agak pelik kerana keadaannya sunyi dan tiada sebarang uru-san berlaku di sini,” katanya.
Dia berkata, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai Jaip menegur dan bertanyakan tujuan dia ke situ.
“Saya kata ada urusan berkaitan pejabat tanah perlu diselesaikan lalu lelaki itu kata, pejabat tanah sudah berpindah, manakala bangunan itu kini menjadi pejabat Jaip.
“Saya segan sebab datang ke sini dengan memakai kemeja-T dan berseluar pendek lalu segera beredar,” katanya