![]() |
Loji Air Di Kampung Terla, Cameron Highland |
KUANTAN 1 Mac. - Satu jawatankuasa khas dibentuk bagi memantau seluruh kawasan di Tanah Rata sehingga Kampung Raja di Cameron Highlands berikutan loji rawatan air Kampung Terla yang terpaksa ditutup kelmarin akibat pencemaran.
Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, Perbadanan Bekalan Air Pahang (Paip) turut menghantar lori tangki air ke kawasan yang terjejas di daerah itu bagi membolehkan penduduk mendapat bekalan air bersih.
"Selepas mendapat maklumat mengenai kematian ikan di sungai berdekatan Kampung Raja, kita terus mengarahkan loji air ditutup kepada semua pengguna sebagai langkah keselamatan.
"Pemeriksaan serta-merta dilakukan kerana kita mengesyaki ikan mati akibat racun atau punca lain yang tidak diketahui," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.